awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU kecam langkah Israel untuk benarkan lima pos penempatan di Tebing Barat

Bernama
Bernama
30/06/2024
00:00 MYT
EU kecam langkah Israel untuk benarkan lima pos penempatan di Tebing Barat
Pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk mengembangkan penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menggesa Israel untuk membatalkan keputusan-keputusan ini. - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lima pos penempatan akan dibenarkan di wilayah Palestin yang diduduki.
Dalam satu kenyataan, jurucakap EU, Peter Stano berkata, ini merupakan satu usaha yang disengajakan untuk menggugat usaha perdamaian.
Pada Majlis Eropah minggu ini, Stano berkata, pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk mengembangkan penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menggesa Israel untuk membatalkan keputusan-keputusan ini.
Selaras dengan pendirian bersama yang berpanjangan dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), EU tidak akan mengiktiraf perubahan terhadap sempadan 1967 kecuali disepakati oleh pihak yang terlibat, katanya.
"EU mengulangi bahawa tindakan melemahkan kuasa Palestin harus dihentikan dan menyeru Israel untuk melepaskan pendapatan penjelasan yang ditahan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan perbankan koresponden antara bank-bank Israel dan Palestin tetap beroperasi," katanya.
Stano berkata, EU mengesahkan semula komitmennya yang teguh kepada keamanan yang kekal dan mampan selaras dengan resolusi-revolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB sebagai asas penyelesaian dua negara dalam menyelesaikan konflik.
Pada Khamis, Kabinet Israel meluluskan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Smotrich untuk "mengesahkan" pos penempatan di Tebing Barat.
Pos penempatan adalah komuniti kecil yang didirikan oleh peneroka haram Israel di atas tanah Palestin yang dimiliki secara peribadi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#EU
#pos penempatan
#Peter Stano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan