awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU kenakan sekatan terhadap 41 lagi kapal Rusia

Bernama
Bernama
18/12/2025
20:45 MYT
EU kenakan sekatan terhadap 41 lagi kapal Rusia
Kapal-kapal itu dilarang daripada memasuki pelabuhan yang berkaitan serta menerima pelbagai perkhidmatan pengangkutan maritim.
BRUSSELS: Majlis Eropah pada Khamis mengenakan langkah sekatan terhadap tambahan 41 kapal Rusia yang didakwa mempunyai kaitan dengan apa yang dikenali sebagai "armada bayangan" negara itu, dengan tujuan memutuskan sokongan kewangan kepada Rusia, lapor Xinhua.
Keputusan itu, yang diumumkan pada sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, bertujuan menghalang armada bayangan berkenaan daripada memintas mekanisme had harga minyak selain menyokong sektor tenaga dan ketenteraan Rusia, serta mengangkut barangan Ukraine yang dipercayai dirampas.
Menurut kenyataan Majlis Eropah, kapal-kapal yang baru disenaraikan itu merupakan sebahagian daripada armada bayangan kapal tangki minyak Rusia, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang dikenakan sekatan kepada hampir 600 buah. Kapal-kapal itu dilarang daripada memasuki pelabuhan yang berkaitan serta menerima pelbagai perkhidmatan pengangkutan maritim.
Kenyataan itu menyebut bahawa EU dan negara anggotanya sedang "menggunakan sepenuhnya rangka kerja undang-undang laut antarabangsa" bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh armada bayangan serta melindungi infrastruktur bawah laut kritikal.
"EU kekal bersedia untuk meningkatkan tekanan terhadap Rusia dan rantaian nilai armada bayangannya, termasuk dengan mengguna pakai sekatan tambahan," tambah kenyataan itu.
Awal minggu ini, EU meluluskan sekatan terhadap individu dan entiti yang dituduh menyokong armada bayangan Rusia, selain sekatan berasingan yang menyasarkan pihak berkaitan dengan dakwaan operasi hibrid Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#kapal
#Rusia
#maritim
#sekatan
#kapal rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan