Skip to main content

Dunia

EU masih import LNG Rusia - Timbalan Menteri Luar

FILE PHOTO: A drone view shows tugboats assisting a liquified natural gas (LNG) tanker to dock at a port in Yantai, Shandong province, China February 14, 2025. cnsphoto via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. CHINA OUT./File Photo
Bekalan gas Rusia ke EU kini jauh lebih rendah berbanding paras tertinggi sebelum ini, ketika Rusia menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan bekalan gas blok itu. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

VLADIVOSTOK: Gas asli cecair (LNG) Rusia masih dibekalkan ke Kesatuan Eropah (EU), namun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding sebelum ini, kata Timbalan Menteri Luar Alexander Grushko kepada RIA Novosti.

Financial Times sebelum ini memetik penganalisis melaporkan bahawa EU membeli hampir 10 juta tan gas daripada projek Yamal LNG antara Januari hingga Jun 2026.

Menurut akhbar itu, jumlah berkenaan meningkat 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Secara keseluruhannya, LNG kami sememangnya masih mengalir,” kata Grushko di luar Forum Ekonomi Timur.

Beliau berkata bekalan gas Rusia ke EU kini jauh lebih rendah berbanding paras tertinggi sebelum ini, ketika Rusia menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan bekalan gas blok itu.

Majlis EU sebelum ini meluluskan peraturan bagi menghentikan secara berperingkat import LNG dan gas saluran paip dari Rusia.

Larangan import LNG di bawah kontrak jangka pendek berkuat kuasa pada 25 April 2026, manakala bagi kontrak jangka panjang pada 1 Jan 2027.

Larangan terhadap gas saluran paip pula bermula pada 17 Jun 2026 bagi kontrak jangka pendek dan pada 1 Nov 2027 bagi kontrak jangka panjang.

Forum Ekonomi Timur berlangsung dari 1 hingga 4 Sept di Vladivostok. RIA Novosti ialah rakan media umum forum itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement