awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tambah aset udara untuk padam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2023
23:45 MYT
EU tambah aset udara untuk padam kebakaran
Pesawat bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di Leiria, Portugal. - Foto fail/REUTERS
KESATUAN Eropah (EU) akan menambah aset udara untuk memadam kebakaran bagi musim panas 2023.
Menurut Pesuruhjaya Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcic, ini susulan cabaran kebakaran hutan yang meningkat akibat krisis perubahan iklim.
Jelasnya, beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan cabaran terbesar setakat ini dengan purata peningkatan 350 peratus dalam permintaan untuk bantuan daripada program menyelamatnya.
Katanya, berlaku peningkatan dalam kekerapan kebakaran, khususnya di kawasan yang tidak terdedah sebelum ini.
Untuk musim kebakaran hutan yang akan datang, rizab pesawat pemadam kebakaran akan merangkumi 24 pesawat dan empat helikopter dari 10 negara anggota.
Selain itu, 11 negara anggota akan menghantar hampir 450 anggota bomba yang akan berpangkalan di Perancis, Greece dan Portugal.
Eropah selatan sedang bersiap sedia untuk musim panas yang dilanda kemarau dengan beberapa wilayah telah mengalami kekurangan air dan petani menjangkakan hasil terburuk mereka dalam beberapa dekad.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Kesatuan Eropah
#aset udara
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan