awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan

Bernama
Bernama
27/03/2024
07:24 MYT
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Jerman akan mengumpulkan lebih banyak pihak berkuasa keselamatan dan bersiap siaga bagi semua kemungkinan ancaman. - AP
BERLIN: Jerman bersedia meningkatkan kawalan sempadan semasa Kejohanan Bola Sepak Eropah 2024 (Euro 2024), berikutan serangan pengganas yang mengorbankan lebih 130 nyawa di Rusia minggu lepas.
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan pada Selasa untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi, pemeriksaan ke atas individu akan dijalankan di semua sembilan pintu sempadan luar semasa acara bola sepak itu yang berlangsung pada musim panas, lapor Xinhua.
"Kami akan mengumpulkan lebih banyak pihak berkuasa keselamatan dan bersiap siaga bagi semua kemungkinan ancaman," kata Faeser kepada akhbar Rheinische Post. "Ia adalah perlu untuk menyediakan perlindungan sebaik mungkin untuk acara antarabangsa utama ini," katanya.
Situasi keselamatan di Eropah kekal tegang minggu ini selepas serangan pada Jumaat lepas di konsert Dewan Bandaraya Crocus di Moscow. Sejak Daesh mengaku bertanggungjawab untuk serangan itu, Perancis yang akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas di Paris, meningkatkan amaran keganasan ke tahap tertinggi pada Ahad.
Kaunselor Jerman Olaf Scholz mengutuk "serangan pengganas itu yang membunuh penonton konsert yang tidak bersalah di Moscow" dalam hantaran di platform media sosial X, dengan menyatakan "ingatan kami bersama keluarga mangsa dan semua yang tercedera".
Sebagai sebahagian daripada UEFA Euro 2024, Faeser akan melawat bandar yang menganjur perlawanan itu untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan dengan semua pihak berkuasa yang berkaitan. "Ia melibatkan laluan jalan pasukan kebangsaan, tetamu dan peminat. Mengenai keselamatan di stadium dan zon peminat," jelasnya.
Polis persekutuan Jerman tidak dibenar mengambil cuti semasa kejohanan itu. "Kami boleh bergantung kepada ketersediaan anggota keselamatan terbesar," kata Andreas Rosskopf dari kesatuan polis (GdP) sambil menambah bahawa pasukan "pasukan bersedia untuk semua situasi".
"Memandangkan acara sukan utama yang berlangsung tahun ini, Kejohanan Bolasepak Eropah dan Sukan Olimpik, penutupan pintu sempadan sementara diperlukan untuk mengetatkan kawalan," kata timbalan ketua kumpulan Parlimen Parti Demokratik Sosial Canselor Scholz, Dirk Wiese.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#keselamatan
#pengganas
#ancaman
#kejohanan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan