INTERNATIONAL
FDA AS: Beberapa ubat alahan beri kesan sampingan jarang berlaku

Ketika debunga berada pada kemuncaknya musim ini, FDA memberi amaran bahawa beberapa ubat alahan popular boleh menyebabkan kesan sampingan kegatalan yang jarang berlaku tetapi serius. - Foto hiasan
NEW YORK: Ketika debunga berada pada kemuncaknya musim ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran bahawa beberapa ubat alahan popular boleh menyebabkan kesan sampingan kegatalan yang jarang berlaku tetapi serius, lapor Xinhua.
FDA memberi amaran pada pertengahan Mei bahawa sesetengah pesakit yang mengambil ubat alahan secara oral setiap hari dalam tempoh yang panjang - biasanya beberapa bulan hingga bertahun - telah mengalami kegatalan teruk yang dikenali secara perubatan sebagai pruritus.
"Ubat yang terlibat termasuk cetirizine, yang dijual secara meluas di bawah jenama Zyrtec dan levocetirizine, yang dikenali sebagai Xyzal," menurut laporan USA Today pada Khamis mengenai amaran itu.
Walaupun kes kesan sampingan berupa kegatalan teruk itu jarang dilaporkan, sebahagiannya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan, menurut FDA.FDA menyatakan bahawa cetirizine dan levocetirizine adalah ubat alahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan berkenaan. Kedua-duanya dijual di bawah jenama Zyrtec dan Xyzal.
Kedua-dua ubat itu boleh dibeli tanpa preskripsi atau diperoleh melalui preskripsi doktor.
FDA memaklumkan, maklumat preskripsi bagi kedua-dua ubat itu telah disemak untuk memasukkan amaran mengenai kemungkinan kesan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami