PARA saintis menemui 'taufan ruang angkasa' di atas Kutub Utara untuk pertama kalinya, sekali gus memberi indikasi awal mengenai fenomena yang mungkin terjadi di planet lain di seluruh alam semesta.
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.
Penyelidikan diketuai Universiti Shandong, China yang menggunakan data satelit untuk menganalisis dan mengenal pasti taufan ruang angkasa mendapati, ia bukan corak udara dan air yang berpusing, sebaliknya gas plasma ion.
Taufan itu dilihat berlaku kira-kira lapan jam sebelum hilang.
"Hingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada taufan plasma ruang angkasa wujud, jadi sebagai buktinya adalah dengan hasil pemerhatian yang sangat luar biasa ini,” kata Profesor Mike Lockwood, saintis angkasa di University of Reading.
Memetik laporan The Watchers, Lockwood berkata taufan ruang angkasa berupaya menjadi fenomena alam semesta, sama ada di planet mahupun bulan apabila wujudnya medan magnet dan plasma.
"Ribut tropika dikaitkan dengan sejumlah besar tenaga, dan taufan luar angkasa ini akan dihasilkan menerusi pemindahan tenaga angin solar termasuk zarah-zarah sangat besar dan memasuki ke atas atmosfera bumi.
"Medan plasma dan magnet di atmosfera planet ada di seluruh alam semesta, jadi penemuan ini menunjukkan taufan ruang angkasa akan menjadi satu fenomena yang besar,” katanya.
Taufan luar angkasa, yang terjadi sewaktu tempoh aktiviti geomagnetik rendah, dikesan mempunyai ciri utama yang sama dengan taufan di atmosfera bumi.
Para saintis mengatakan proses itu mungkin juga penting untuk interaksi antara angin dan sistem solar lain di seluruh alam semesta.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021
Taufan luar angkasa yang dikesan bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam. - Foto Qing-He Zhang @Shandong University
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Fenomena alam luar biasa: 'Taufan ruang angkasa' dikesan atas Kutub Utara
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.