Sebuah feri membawa 45 penumpang dan kru dilaporkan terkandas di perairan pelabuhan Singapura dekat Pulau Tekong malam tadi.
Menurut laporan media tempatan, feri Sri Kandi 99 dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor itu terdampar berhampiran sebuah batu di selatan pulau tersebut.
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.42 malam.
Feri yang membawa 33 penumpang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Vietnam serta 11 kru Indonesia itu kemudian dipindahkan ke feri Camara Sumadra sebelum diturunkan di Tanjong Pengelih, Johor, pada 5.15 pagi.
Tiada kecederaan atau tumpahan minyak dilaporkan.
MPA mengesahkan pihaknya sedang menyiasat insiden itu.
Agensi
Tue Jul 10 2018
Sebuah feri membawa 33 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di perairan pelabuhan Singapura dekat Pulau Tekong malam tadi. -Gambar hiasan/Wikipedia
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Feri bawa 33 penumpang Malaysia terkandas dekat Pulau Tekong
Feri Sri Kandi 99 terkandas berhampiran sebuah batu pada jam 11.42 malam.