Lapan lagi mayat ditemui pada Sabtu setelah 17 hari kejadian feri karam melanda Korea Selatan mengakhiri kebimbangan ramai mengenai mangsa feri tersebut tidak akan ditemui lagi.
Feri Sewol itu terbalik dan karam seterusnya menyebabkan 236 orang penumpang disahkan maut dan 66 lagi masih hilang, kata Menteri di Jabatan Anti Bencana dalam satu kenyataan.
“Lapan mayat berjaya ditemui apabila penyelamat hari ini berjaya mendapat akses ke tingkat empat feri berkenaan” kata kenyataan tersebut.
Awal pagi Sabtu itu, pencarian telah dihentikan sebentar kerana masalah cuaca dan keadaan laut yang sangat bergelora.
Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.
Kejadian berkenaan telah menyebabkan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan kerana bertanggungjawab ke atas insiden yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.
Ansan merupakan wilayah dimana terletaknya Sekolah Menengah Danwon dimana 260 pelajarnya merupakan mangsa utama dalam tragedi feri karam ini.
Misi mencari dan menyelamat sebelum ini dikecam kerana didakwa lambat bertindak hingga menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi.
Agensi
Sun May 04 2014
Seorang gadis menangis semasa upacara penghormatan terakhir kepada mangsa feri tenggelam di Korea Selatan - Gambar AP
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
25 maut, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu dilaporkan sedang membawa kebanyakan penganut ke sebuah kuil Hindu bersempena dengan sambutan keagamaan Mahalaya.
Tragedi feri karam di Sungai Kerian dikenang hingga kini
Tragedi pagi 13 Sep 1972 itu mengorbankan 17 murid SK Methodist Parit Buntar, lapan pelajar SMJK(C) Kerian dan dua orang awam.
Feri karam: Indonesia tamatkan operasi menyelamat
Seramai 31 mangsa termasuk kru dan penumpang berjaya diselamatkan manakala 4 mayat ditemui setakat ini.
Lima terkorban, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu berlepas dari daerah perindustrian Narayanganj, kira-kira 20km dari ibu kota Dhaka, ke Munshiganj.
Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia meningkat kepada 10
Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang.
100 terbunuh dalam kejadian feri karam di Tanzania
Lebih 100 orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik dan tenggelam di Tasik Victoria, Tanzania pada Khamis.
Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang
Selepas kejadian feri karam di tasik Danau Toba, Sumatera, Indonesia Isnin lalu, hanya tiga mayat berjaya ditemui manakala 193 lain termasuk kanak-kanak masih hilang.
3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina
Feri Lady Aime dalam perjalanan ke pulau Alabat 117km dari Manila, apabila ia tenggelam 200m dari darat.
PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam
Chung Hong-Won memohon maaf kepada seluruh rakyat Korea Selatan akibat nahas yang berlaku itu.
Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam
Ahli keluarga mangsa feri karam di Korea Selatan berkongsi mesej yang dihantar oleh anak mereka kepada media.