awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina alih 'penghalang' diletak China di Laut China Selatan

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2023
00:45 MYT
Filipina alih 'penghalang' diletak China di Laut China Selatan
Pengawal pantai Filipina turut memaklumkan sekatan pelampung itu mendatangkan bahaya kepada pelayaran dan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas. - Foto REUTERS
MANILA: Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.
Langkah itu mengundang risiko ketegangan terhadap perairan paling dipertikaikan di Asia.
Pada Ahad, Filipina menyatakan kemarahan dengan berkongsi imej pengawal pantai China yang mengawal sekatan panjang dan pelampung sekatan berhampiran Scarborough Shoal.
Beberapa jam selepas Penasihat Keselamatan Negara berikrar untuk mengambil tindakan, pengawal pantai Filipina berkata, pihaknya telah mengalihkan pelampung sekatan atas arahan Presiden Ferdinand Marcos Jr dan pasukan petugas khasnya di Laut China Selatan.
Pengawal pantai Filipina turut memaklumkan sekatan pelampung itu mendatangkan bahaya kepada pelayaran dan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas.
Ia juga dilihat menghalang aktiviti penangkapan ikan dan mata pencarian nelayan Filipina.
Filipina turut menyifatkan beting itu sebagai "sebahagian daripada wilayah negara Filipina".
Kementerian Luar China tidak menyebut secara langsung tentang halangan terapung itu tetapi mempertahankan tindakan pengawal pantainya selepas Biro Kapal Perikanan Filipina "menceroboh" perairannya, pada Jumaat.
Scarborough Shoal yang strategik telah dirampas pada 2012 oleh China, yang telah mengekalkan kehadiran pengawal pantai dan pukat tunda nelayan di sana sejak itu.
Topic Berkaitan
#operasi khas
#penghalang terapung
#kawasan penangkapan ikan
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan