Skip to main content

Dunia

Filipina tingkatkan amaran El Nino susulan risiko keadaan kering

41710085248_cuacapanas.jpg
PAGASA memaklumkan terdapat kebarangkalian 79 peratus fenomena El Nino akan berlaku antara Jun hingga Ogos. - Gambar hiasan

MANILA: Filipina pada Rabu meningkatkan amaran El Nino dengan memberi peringatan mengenai kemungkinan tempoh kering dan kemarau di beberapa bahagian negara itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang hingga awal 2027, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) memaklumkan terdapat kebarangkalian 79 peratus fenomena El Nino akan berlaku antara Jun hingga Ogos.

Advertisement

Bagaimanapun, PAGASA menyatakan hujan melebihi paras normal masih boleh berlaku di kawasan barat negara itu semasa musim monsun barat daya.

Di bawah sistem amaran PAGASA, amaran El Nino dikeluarkan apabila terdapat sekurang-kurangnya 70 peratus kebarangkalian fenomena itu terbentuk dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video