Skip to main content

Malaysia

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan

Riduwan didakwa membunuh Mohd Zulkiflee Zainudin di sebuah pusat jagaan di Taman Kempas di Sungai Petani 9 Nov lalu. - Foto Bernama
Riduwan didakwa membunuh Mohd Zulkiflee Zainudin di sebuah pusat jagaan di Taman Kempas di Sungai Petani 9 Nov lalu. - Foto Bernama
Advertisement

SUNGAI PETANI: Seorang penghuni pusat jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu, minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Riduwan Mat, 51, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Lelaki itu didakwa membunuh Mohd Zulkiflee Zainudin, 42, di sebuah pusat jagaan di Taman Kempas di sini antara 5.15 petang hingga 5.30 petang 9 Nov.

Advertisement

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Adlin Sufiya Kamaruzzaman memohon lelaki itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan psikiatri dan mendapatkan laporan perubatan.

Advertisement

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 1 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan, bedah siasat, kimia dan forensik.

Sebelum ini, polis mengesahkan seorang penghuni pusat jagaan yang dipercayai menghidap skizofrenia ditemukan maut dan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada bahagian dada mangsa.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement