MOCOW: Pengawal Sempadan Finland mengumumkan bahawa semua laluan haiwan di pagar sempadan dengan Rusia ditutup susulan penularan demam babi Afrika, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sebelum ini, kes demam babi Afrika direkodkan buat kali pertama di Finland selepas ujian makmal mengesahkan kehadiran virus itu pada seekor babi hutan di bahagian timur negara berkenaan. Pengawal sempadan telah menutup laluan haiwan di sepanjang bahagian tenggara sempadan itu pada 1 Jun.
"Pengawal Sempadan menutup sementara laluan hidupan liar di semua bahagian pagar sempadan timur yang sedang digunakan susulan penularan demam babi Afrika," menurut Pengawal Sempadan menerusi hantaran di platform X.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI