awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ford kurangkan 3,800 jawatan di Eropah termasuk 2,300 di Jerman

Bernama
Bernama
14/02/2023
13:10 MYT
Ford kurangkan 3,800 jawatan di Eropah termasuk 2,300 di Jerman
Ford akan mengurangkan 3,800 pekerjaan di Eropah termasuk 2,300 di bandar Cologne dan Aachen di Jerman serta 1,300 lagi di Britain bagi mengurangkan kos. - Gambar fail/REUTERS
DUSSELDORF: Pengeluar kereta Amerika Syarikat Ford akan mengurangkan 3,800 pekerjaan di Eropah termasuk 2,300 di bandar Cologne dan Aachen di Jerman serta 1,300 lagi di Britain bagi mengurangkan kos, lapor dpa pada Selasa.
Di Jerman pengurangan pekerja kebanyakannya melibatkan jabatan pengeluaran dan pentadbiran di Cologne dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Kini terdapat kira-kira 14,000 orang bekerja untuk Ford di Cologne dan kira-kira 200 lagi di pusat penyelidikannya di Aachen.
Pemberhentian pekerja di Jerman mula diumumkan pada awal tahun membabitkan 3,200 orang.
Di luar Jerman dan Britain, 200 pekerjaan terjejas di Eropah.
Ford berada dalam keadaan tertekan kerana agak lewat bertukar kepada kenderaan elektrik.
Kereta Ford elektrik tulen pertama yang dikeluarkan di Eropah akan dilancarkan dari pemasangannya di Cologne tahun ini manakala model Fiesta akan dihentikan.
Walaupun Ford melabur berbilion euro di Cologne untuk pengeluaran kenderaan elektrik, kedudukannya kini menunjukkan kepentingnya sebagai lokasi pembangunan Ford semakin suram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ford
#kurangkan pekerja
#eropah
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan