awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fox News setuju bayar RM3.5 bilion kepada Dominion dalam kes saman fitnah

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2023
02:10 MYT
Fox News setuju bayar RM3.5 bilion kepada Dominion dalam kes saman fitnah
Fox berkata penyelesaian di luar mahkamah pada Selasa menunjukkan komitmen syarikat itu dalam menjaga standard kewartawanan.
SALURAN berita Amerika Syarikat (AS), Fox News bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan syarikat mengira undi pilihan raya, Dominion, di luar mahkamah.
Syarikat itu bersetuju membayar AS$787.5 juta (RM3.5 bilion) kepada Dominion.
Dominion mengemukakan saman tersebut terhadap Fox News selepas mendakwa perniagaannya terjejas selepas saluran berita itu menuduhnya terlibat dalam penipuan pengiraan kertas undi dalam Pilihan Raya Presiden 2020.
Penyelesaian di luar mahkamah itu bermaksud pegawai eksekutif Fox seperti Rupert Murdoch tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.
Dalam satu kenyataan Fox berkata penyelesaian di luar mahkamah pada Selasa menunjukkan komitmen syarikat itu dalam menjaga standard kewartawanan.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Dominion John Poulos berkata, penyelesaian itu termasuk pengakuan Fox "berbohong sehingga menyebabkan Dominion kerugian".
Topic Berkaitan
#Fox News
#kes saman fitnah
#Dominion
#pengiraan undi pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan