awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Free Syrian Police beri jaminan keselamatan NGO Malaysia

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/01/2022
22:16 MYT
Free Syrian Police beri jaminan keselamatan NGO Malaysia
Antara NGO dari Malaysia yang menghulurkan bantuan membantu pelarian Syria dalam kesusahan. - Astro AWANI
AL-BAB: Free Syrian Police (FSP) memberi jaminan keselamatan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang menghulurkan bantuan terhadap masyarakat Syria di sekitar Al-Bab, Syria.
Menurut Pengurus Keselamatan FSP di Al-Bab, Leftenan Kolonel Youssef Shibli, kawasan yang dikuasai Free Syrian Army (FSA), melalui sokongan Turki pada 2017, telah mengalami penurunan serangan pengeboman sebanyak 90 peratus sejak setahun lalu.
"Selepas kami menguasai kawasan ini daripada Daesh keadaan keselamatan adalah terkawal, ramai rakyat Syria telah datang ke sini dari segenap pelusuk negara untuk mendapatkan perlindungan dan mulakan kehidupan mereka semula.
"Kami telah menubuhkan rangkaian keselamatan yang menyeluruh untuk memastikan ia berada pada tahap tertinggi.
"Justeru itu, kami akan memberikan perlindungan kepada NGO Malaysia sepenuhnya demi kelancaran misi mereka untuk menolong rakyat Syria yang menjadi pelarian dalam negara sendiri atau Internal Displaced People (IDP)," katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat lapan sukarelawan NGO Malaysia For Syria (MFS) di pejabatnya di Al-Bab, pada Selasa.
Astro AWANI turut menerima cenderahati daripada Kolonel Youssef dalam pertemuan tersebut.
 Cenderahati yang diterima wartawan Afiezy Azaman bagi pihak Astro AWANI daripada Kolonel Youssef. - Astro AWANI
Cenderahati yang diterima wartawan Afiezy Azaman bagi pihak Astro AWANI daripada Kolonel Youssef. - Astro AWANI
Untuk rekod, Free Syrian Police (FSP) merupakan sebahagian daripada tentera dilatih semula daripada Free Syrian Army (FSA) yang disokong oleh Turki untuk menubuhkan jaringan keselamatan awam di bandar-bandar yang telah dikuasai mereka.
Mengulas lanjut, Youssef memuji tindakan usaha pelbagai NGO dari Malaysia yang menghulurkan bantuan membantu pelarian Syria dalam kesusahan.
"Masyarakat Syria sangat emosional, kami akan mengingati setiap bantuan dan jika anda tidak memberikan apa-apa sekalipun, kami tetap membuka pintu rumah kami kerana orang Islam sememangnya menjaga tetamu dan menganggap mereka sebagai sesuatu yang bernilai.
"Islam kami bukan seperti kumpulan pengganas Daesh atau YPG/PKK (Kumpulan Tentera Kurdish), Islam kami ialah berkhidmat untuk kemanusiaan," ujarnya.
Ditanya mengenai situasi dan perang di Syria yang telah berlanjutan selama sedekad, Youssef menzahirkan keyakinan pihaknya bersama Turki akan menumbangkan rejim Bashar Assad dan membebaskan negara itu daripada kekejaman rejim berkenaan.
"Pertemuan kita semua selepas ini insyaAllah akan berlangsung di Damsyik (wilayah dikuasai Assad), rakyat Syria sedang memperbaiki negara ini secara perlahan-lahan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Free Syrian Police
#keselamatan
#NGO
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan