awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis buru lima pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri
MALAYSIA
Letupan, gegaran di Ipoh bukan daripada aktiviti kuari - JMG Perak
BISNES
Powerplant, restoran berkonsepkan “K-Drama”, tambat hati ramai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

G7 sokong Israel, tuduh Iran punca ketidakstabilan

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2025
04:15 MYT
G7 sokong Israel, tuduh Iran punca ketidakstabilan
G7 juga mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera di Gaza, pembebasan semua tebusan tanpa syarat, dan peningkatan bantuan kemanusiaan yang berterusan. - Foto AP
KANANASKIS: Pemimpin negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan sokongan tegas terhadap keselamatan Israel dan menyifatkan Iran sebagai “punca utama ketidakstabilan” di Asia Barat, susulan serangan ketenteraan langsung Tehran ke atas wilayah Israel baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • G7 sokong keselamatan Israel, tuduh Iran cetus ketidakstabilan.
  • Kecam sokongan Iran kepada kumpulan bersenjata, gesa patuhi undang-undang kemanusiaan.
  • Seru gencatan senjata di Gaza dan Lubnan, serta sokong penyelesaian dua negara.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, mengecam tindakan Iran yang didakwa menyokong kumpulan bersenjata seperti Houthi, Hezbollah, dan Hamas, serta pejuang lain yang bersekutu di Iraq.
G7 menegaskan bahawa tindakan sedemikian telah menyumbang kepada kitaran keganasan yang memburukkan lagi ketegangan serantau.
“Kami mengulangi komitmen kami terhadap keselamatan Israel dan menyeru semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab serta menahan diri,” menurut kenyataan itu.
G7 turut menyeru agar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dihormati dan penduduk awam dilindungi sepenuhnya.
Kenyataan itu juga menyentuh situasi di Gaza dan Lubnan, menyeru kepada gencatan senjata segera, pembebasan tebusan tanpa syarat, dan peningkatan bantuan kemanusiaan.
G7 menyokong penyelesaian dua negara sebagai jalan ke arah keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.
Sidang kemuncak ini berlangsung ketika konflik antara Israel dan Iran terus memuncak, dengan kebimbangan global terhadap kemungkinan tercetusnya perang berskala besar di rantau tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#G7
#Iran
#Israel
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami