Ringkasan AI
- Jumlah kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada 33 stesen setakat jam 6 petang ini.
- Klang mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 195, hampir ke kategori Sangat Tidak Sihat.
- Tiada stesen mencatat kualiti udara kategori Baik, manakala 35 stesen berada pada kategori Sederhana.
KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat menurun kepada 33 stesen setakat jam 6 petang ini selepas Samarahan di Sarawak kembali ke kategori Sederhana.
Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan mencatat penurunan 11 mata daripada 117 kepada 100, sekali gus menyertai IPD Serian yang telah kembali ke kategori Sederhana pada jam sebelumnya.
Sementara itu, Klang di Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 195, hanya enam mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas).
Johan Setia mencatat bacaan 192 manakala Nilai turun satu mata kepada 190.
Dalam tempoh sejam lalu, Sandakan di Sabah merekodkan peningkatan tertinggi apabila bacaan IPU meningkat enam mata daripada 125 kepada 131. Tawau pula kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 97.
Di selatan Semenanjung, Pasir Gudang meningkat kepada 185 manakala Seremban dan Shah Alam masing-masing kekal pada bacaan 181 dan 180. Cheras pula meningkat kepada 176.
Di Pantai Timur, Kemaman mencatat penurunan kepada 135 manakala Temerloh (159), Jerantut (157) dan Rompin (154) kekal dalam kategori Tidak Sihat.
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat jam 6 petang.
Sebanyak 35 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Taiping mencatat bacaan 96 manakala Paka dan Besut masing-masing merekodkan bacaan 94.
IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 6 petang?
A: Sebanyak 33 stesen merekodkan bacaan IPU pada kategori Tidak Sihat setakat jam 6 petang. - Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Klang di Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 195. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: IPU 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Berapa banyak stesen yang berada pada kategori Sederhana dan adakah stesen yang mencatat kategori Baik?
A: Sebanyak 35 stesen berada pada kategori Sederhana dan tiada stesen mencatat kategori Baik setakat jam 6 petang. - Q: Apakah perubahan bacaan IPU yang berlaku di Samarahan dan Sandakan?
A: Bacaan IPU di Samarahan menurun dari 117 ke 100, manakala Sandakan meningkat dari 125 ke 131 dalam tempoh sejam lalu.