Skip to main content

Dunia

Lebih 5,000 pesakit dibawa keluar dari Ukraine dengan bantuan EU sejak 2022

71763770382_ukraineflag.jpg
Pemindahan pesakit yang mengalami kecederaan teruk, penyakit kronik dan keadaan kompleks diselaraskan oleh Suruhanjaya Eropah dengan kerjasama Pejabat Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah.

BRUSSELS: Lebih 5,000 pesakit telah dipindahkan dari Ukraine yang dilanda perang untuk mendapatkan rawatan segera di hospital di seluruh Eropah sejak permulaan pencerobohan berskala penuh Rusia, empat tahun lepas, Suruhanjaya Eropah mengumumkan pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pengungsian itu menunjukkan "Eropah berada pada tahap terbaik, menyelamatkan nyawa menerusi perpaduan dan kerjasama pantas", kata Pesuruhjaya Krisis Kesatuan Eropah (EU), Hadja Lahbib.

Advertisement

Pesakit dipindahkan ke hospital di 22 negara Eropah termasuk Norway yang bukan ahli EU.

Pemindahan pesakit yang mengalami kecederaan teruk, penyakit kronik dan keadaan kompleks diselaraskan oleh Suruhanjaya Eropah dengan kerjasama Pejabat Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah.

Usaha berterusan itu ialah operasi pemindahan perubatan terbesar yang dianjurkan di bawah Mekanisme Perlindungan Awam Eropah EU, menurut suruhanjaya berkenaan. 

"EU kekal komited untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan Ukraine dan memastikan mereka daripada golongan paling lemah menerima penjagaan yang mereka perlukan," menurut satu kenyataan.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video