awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
Penduduk berpaut pada pokok ketika “banjir terburuk" melanda Mozambique
23 motosikal berkuasa tinggi sertai konvoi promosi TMM2026 di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2026
21:15 MYT
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
Orang ramai menyertai satu demonstrasi sehari selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex Pretti ditembak mati oleh ejen imigresen persekutuan ketika mereka cuba menahannya, di Minneapolis, Minnesota. - Foto REUTERS
MINNEAPOLIS: Gabenor Minnesota, Tim Walz, menggesa Presiden Donald Trump supaya mengeluarkan segera agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) dari negeri itu selepas seorang warga AS ditembak mati oleh ejen persekutuan dalam satu insiden di Minneapolis.
Mangsa, Alex Pretti, 37, dilaporkan ditembak mati pada Sabtu ketika ejen imigresen persekutuan menjalankan operasi penahanan.
Rakaman video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan Pretti tidak bersenjata dan hanya memegang telefon bimbit ketika ditembak, bercanggah dengan dakwaan awal pihak berkuasa persekutuan bahawa mangsa mengancam keselamatan ejen dengan senjata api.
Walz menyifatkan kejadian itu sebagai “menjijikkan dan kegagalan moral” serta menegaskan kerajaan persekutuan tidak boleh dipercayai untuk mengendalikan siasatan secara adil.
Beliau mengumumkan bahawa siasatan akan diambil alih sepenuhnya oleh pihak berkuasa negeri Minnesota dan menuntut semua operasi ICE di negeri itu dihentikan serta-merta.
Ketegangan meningkat apabila Ketua Biro Siasatan Jenayah Minnesota mendedahkan bahawa ejen persekutuan pada awalnya menghalang penyiasat negeri daripada mengakses lokasi kejadian.
Susulan itu, seorang hakim meluluskan perintah sekatan sementara terhadap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), mengehadkan campur tangan persekutuan dalam siasatan kes berkenaan.
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey, turut menyertai gesaan Walz dengan mempersoalkan berapa ramai lagi penduduk yang perlu terkorban sebelum operasi penguatkuasaan imigresen persekutuan dihentikan.
Protes besar-besaran tercetus di seluruh bandar, memaksa penutupan beberapa institusi awam dan penangguhan acara sukan, manakala Pengawal Kebangsaan Minnesota diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.
White House bagaimanapun mempertahankan tindakan ejen persekutuan, dengan Presiden Trump menuduh pemimpin negeri dan tempatan menghasut ketegangan serta menghalang penguatkuasaan undang-undang imigresen.
Pentadbiran Trump menegaskan bahawa ejen bertindak balas terhadap ancaman keselamatan, satu dakwaan yang terus dipertikai oleh saksi dan rakaman video di tempat kejadian.
Insiden ini merupakan kes kedua dalam bulan ini melibatkan kematian warga AS akibat tindakan ejen imigresen persekutuan di Minneapolis, sekali gus mencetuskan desakan bipartisan di Kongres supaya siasatan bebas dijalankan dan peranan ICE dinilai semula.
Topic Berkaitan
#Alex Pretti
#ice
#tembakan maut
#Tim Walz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan