awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis berani dari India lawan harimau guna batang kayu

Agensi
Agensi
05/04/2018
05:59 MYT
Gadis berani dari India lawan harimau guna batang kayu
Foto yang dimuat naik Rupali di akaun Facebooknya. - Facebook/Rupali Meshram
CERITA mengenai manusia dibaham harimau sudah lazim didengari kerana haiwan buas itu sentiasa dapat menghidu mangsanya untuk dijamah.
Namun, kisah seorang gadis berani dari India ini telah meraih pujian masyarakat apabila dia tampil dengan hanya menggunakan sebatang kayu ketika cuba menyelamatkan kambing peliharaannya dari dibaham harimau.
Rupali Meshram, 23 tahun, mendedahkan tentang bagaimana dia bertempur dan mengalahkan seekor harimau liar menggunakan sebatang kayu demi menyelamatkan kambing peliharaannya.
Kambing itu dipelihara di luar kawasan rumah keluarganya di Nagpur, Maharashtra, India.
Menurutnya, semasa kejadian, dia melawan harimau berkenaan menggunakan kayu yang dijumpai di atas tanah sebelum tindakan pantas ibunya menarik Rupali ke dalam rumah untuk menyelamatkannya.
Sejurus selepas bertempur, gadis itu lantas mengambil 'selfie' bersama ibunya, mempamerkan kesan darah yang mengalir di wajahnya.
Kedua-dua ibu dan anak gadisnya itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di sebuah hospital, lapor BBC News.
Rupali mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, pinggang dan kaki.
Menurut laporan itu, doktor yang merawat dua beranak ini bagaimanpun memuji keberanian yang ditampil Rupali, namun berkata gadis itu bernasib baik kerana tidak dibaham harimau terbabit.
Rupali dan ibunya kini dilaporkan pulih sepenuhnya, namun tidak buat kambing berkenaan.
Menurut kajian, India merupakan negara yang mempunyai lebih daripada setengah populasi harimau di seluruh dunia dengan catatan terakhir pada 2014 sebanyak 2,226 ekor.
Topic Berkaitan
#batang kayu
#harimau
#Hospital
#India
#kambing
#Maharashta
#Meshram
#Nagpur
#selfie
#tempur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan