SEORANG gadis kelainan upaya (OKU) berjaya memenuhi impiannya minggu ini apabila dia menjejak kaki ke skrin hijau untuk membaca ramalan cuaca di televisyen buat kali pertama.
Melanie Segard, seorang wanita penghidap sindrom Down dari Perancis yang berusia 21 tahun itu tersenyum lebar apabila muncul di kaca TV pada malam Selasa.
Stesen TV France 2 menjemput Segard untuk mengacara selepas kempen Facebooknya, #MelaniePeutLeFaire atau "Melanie boleh melakukannya" tular di media sosial.
Dengan bantuan Unapei – sebuah organisasi bukan keuntungan yang membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan menyokong mereka yang kurang upaya, Segard meminta pengikutnya untuk membantu merealisasikan impiannya untuk menyampaikan ramalan cuaca di TV secara langsung.
Dalam hanya beberapa jam, akaun Facebooknya mula mendapat perhatian dunia.
“Saya berbeza, tetapi saya mahu menunjukkan kepada semua orang yang saya boleh melakukan banyak perkara," tulis Segard di laman Facebooknya.
Pada Selasa lalu, Segard berjaya melakukannya dengan sokongan stesen TV France 2.
"Inilah dia. Saya telah melakukannya. Saya akhirnya menjadi gadis cuaca," kata Segard selepas membuat penampilan sulung di stesen TV tersebut.
Memetik laporan portal antarabangsa, Segard dikatakan diberi latihan selama empat hari.
"Melanie tidak boleh membaca atau menulis.
"Matlamatnya adalah untuk membuat dia berasa yakin dan gembira,” kata Nathalie Rihouet, ketua perkhidmatan cuaca stesen TV itu.
Kohilah Sekaran
Fri Mar 17 2017
Seorang gadis kelainan upaya memenuhi impiannya minggu ini apabila dia menjejak kaki ke skrin hijau untuk membaca ramalan cuaca di televisyen buat kali pertama.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Gadis OKU realisasikan impian jadi penyampai ramalan cuaca
Seorang gadis kurang upaya memenuhi impiannya minggu ini apabila dia menjejak kaki ke skrin hijau untuk membaca ramalan cuaca di televisyen buat kali pertama.