Seekor gajah liar membuat 'penampilan khas' menyambut kedatangan pengunjung di Taman Negara Khao Yai, di sini, pada Selasa.
Rakaman foto dan video gajah jantan yang dikenali sebagai Duea, 35, kelihatan berjalan di sebelah sebuah kereta di Jalan Thanarat di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Ratchasima kira-kira jam 4 petang, waktu tempatan Selasa.
Duea dilihat berjalan melepasi kereta sebelum berbaring di atas kenderaan itu dan pemandu kereta bertindak pantas memecut kenderaannya jauh dari gajah itu.
Rakaman video itu juga menunjukkan cermin belakang kereta pecah manakala bumbung dan bahagian badan kereta juga rosak.
Dalam satu kenyataan, Taman Negara Khao Yai berkata gajah jantan itu kebiasaannya keluar dari hutan semasa musim hujan dan sejuk.
"Gajah ini suka bermain dengan kereta kecil tetapi tidak membahayakan sesiapa pun," menurut kenyataan itu.
Sementara itu pegawai Taman Negara Khao Yai menasihati pelancong dan pengunjung supaya bertindak dengan sewajarnya apabila gajah liar itu muncul.
Pegawai taman itu berkata pemandu sepatutnya menghentikan kenderaan mereka kira-kira 30 meter daripada gajah.
"Pemandu perlu berundur jika gajah makin menghampiri dan jika kereta itu dikelilingi kumpulan gajah, pemandu perlu mengalihkan kereta ke kawasan yang kurang haiwan itu.
"Jangan memberhentikan kereta untuk mengambil gambar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan dan keselamatan pemandu serta penumpang. Jangan membunyikan hon atau membuat bunyi bising, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019
Gajah itu dilihat berjalan melepasi kereta sebelum berbaring di atas kenderaan itu. Foto Khaosad English / BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.
Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.
'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.
Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.