DUNIA
Gajah terkorban selepas trak sarkas terbalik

Seekor gajah mati, dua lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah trak sarkas yang membawa lima ekor haiwan di Sepanyol. - Foto Twitter/@Gserrano_DGT
Seekor gajah terkorban manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah trak sarkas yang membawa lima ekor haiwan di tenggara Sepanyol pada Isnin, kata pihak berkuasa.
Susulan kejadian kemalangan itu, satu rakaman video jelas menunjukkan kren digunakan untuk mengangkat seekor haiwan kumpulan herbivore ini manakala yang lain berlegar di atas jalan raya.
Pihak Penjaga Awam memuat naik gambar menerusi platform media sosial Twitter dihapadan dua ekor gajah berkenaan dengan kapsyen:
“Pasukan polis trafik telah menyelamatkan gajah yang terlibat dalam kemalangan di Pozo, Canada (malangya seekor gajah spesies pachyderm mati dalam kemalangan itu)Majlis Perbandaran Pozo Canada pula memuat naik satu lagi rakaman video yang menunjukkan gajah yang terselamat.
Mereka kata haiwan tersebut akan dijaga oleh pihak berkuasa tempatan sehingga ia boleh dipindahkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami