awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemalangan kereta api dan bas di Hamburg, seorang maut, 3 parah
Mahasiswa cadang penyaluran SARA diperluas kepada e-dompet
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan elektrik, lalu lintas apabila sebahagian besar Serbia dilitupi salji tebal

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2021
00:05 MYT
Gangguan elektrik, lalu lintas apabila sebahagian besar Serbia dilitupi salji tebal
Salji tebal meliputi Belgrade dan sebahagian besar Serbia sekaligus menghalang lalu lintas, mengganggu pengangkutan awam, serta penutupan lapangan terbang utama ibu negara. -AP
BELGRADE: Salji tebal meliputi Belgrade dan sebahagian besar Serbia sekali gus menghalang lalu lintas, mengganggu pengangkutan awam, serta penutupan lapangan terbang utama ibu negara.
Banyak kawasan di seluruh negara dilaporkan terputus bekalan elektrik dan mengalami kerosakan bangunan akibat pokok tumbang.
Keadaan berais itu menyaksikan banyak lori terbabas di jalan raya.
Sebahagian besar wilayah barat Serbia tidak mempunyai bekalan elektrik semasa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu dan melakukan penjimatan kuasa.
Di ibu negara, ramai terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok yang tumbang.
Penerbangan dari lapangan terbang utama Belgrade telah digantung selama beberapa jam kerana keadaan cuaca serta bekalan elektrik terputus ke terminal utama.
Manakala penumpang kereta api ke Belgrade terperangkap dalam salji selama tujuh jam sebelum mereka diselamatkan dengan pengangkutan bas ke ibu negara.
Perkhidmatan kecemasan telah keluar membantu dalam operasi pembersihan sepanjang Ahad.
Bagaimanapun satu lagi amaran kemungkinan salji akan turun lebih lebat telah dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#Belgrade
#salji tebal
#Pokok tumbang
#bekalan elektrik terputus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan