Seorang menteri Kabinet Perancis meletak jawatan semalam susulan laporan menuduhnya mengadakan jamuan makan malam mewah menggunakan wang rakyat dan menyalahgunakan perumahan awam.
Francois de Rugy, yang dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar pada September 2018 mengumumkan peletakan jawatannya seminggu selepas pendedahan yang dibuat oleh laman web Mediapart.
"Serangan media yang menyasarkan keluarga saya memaksa saya berundur," kata de Rugy yang juga merupakan menteri kanan kedua dalam kerajaan selepas Perdana Menteri Edouard Philippe.
De Rugy menjadi perhatian setelah Mediapart mengeluarkan gambar beliau bersama isteri menikmati jamuan makan malam mewah dengan hidangan udang galah dan champagne ketika menjadi Speaker Parlimen pada tahun 2017 dan 2018.
Laporan Mediapart mendakwa makan malam terbabit yang dibayar dengan wang pembayar cukai merupakan acara sosial sementara de Rugy mengatakan ia merupakan sebahagian tugasnya mewakili Himpunan Kebangsaan.
Beliau turut didakwa menyalahgunakan sebuah apartmen berhampiran kampung halamannya di Nantes, barat Perancis yang dikhaskan untuk pekerja bergaji rendah selain mengubahsuai kediaman rasminya.
De Rugy telah memfailkan aduan undang-undang terhadap Mediapart berhubung laporan yang disifatkannya berunsur fitnah. - Agensi
Agensi
Thu Jul 18 2019
Francois de Rugy, yang dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar pada September 2018 mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu. - Foto Reuters
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jean Castex dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Castex menyatakan persediannya untuk menggalas tanggungjawab utamanya iaitu memulihkan ekonomi negara yang terjejas terus sejak dilanda wabak COVID-19.
Perdana Menteri Perancis letak jawatan
Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe dan kerajaan pimpinannya mengemukakan surat peletakan jawatan pada Jumaat.
COVID-19: Perancis tamat perintah sekatan secara berperingkat mulai Isnin
Keputusan ini dibuat ketika virus COVID-19 masih menular di empat daerah, termasuk di Paris, dan bilangan kematian setakat ini mencecah 26,000 kes.
PSG mahu teruskan aksi Liga Juara-Juara selepas Ligue 1 dibatalkan
Kelab itu bersedia untuk mengadakan perlawanan mereka di negara lain dan PSG akan terus menantikan siapa lawan yang akan dihadapi mereka dalam suku akhir kejohanan itu.
COVID-19: LFP kaji kesan terhadap sukan, ekonomi selepas liga dibatalkan
Saingan Ligue 1 dan 2 musim ini sudah berakhir dengan perlawanan domestik seterusnya hanya akan berlangsung pada permulaan musim 2020-21.
COVID-19: Perancis umum penutupan kemudahan tidak kritikal
Pengecualian diberikan kepada operasi kedai makanan, farmasi dan stesen minyak.
Gara-gara makan malam mewah, Menteri Perancis letak jawatan
Seorang menteri Kabinet Perancis meletak jawatan semalam susulan laporan menuduhnya mengadakan jamuan makan malam mewah menggunakan wang rakyat.
Letak jawatan ketika di stesen radio
Bekas penyampai TV itu berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa selepas gagal untuk menangani isu perubahan iklim dan ancaman alam sekitar yang lain.
Macron lantik Edouard Philippe sebagai Perdana Menteri
Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron melantik seorang Perdana Menteri konservatif pada Isnin, sebagai langkah untuk meluaskan kuasa politiknya.