awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/06/2020
01:59 MYT
Gara-gara ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan
Tiga individu meninggal dunia setelah meminum cecair pensanitasi tangan sebagai ganti minuman keras dalam satu kejadian di New Mexico, AS. -Gambar hiasan
Tiga individu meninggal dunia setelah meminum cecair pensanitasi tangan sebagai ganti minuman keras dalam satu kejadian di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).
Selain tiga yang maut, tiga lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi disahkan buta, lapor portal The Detroit News.
Menurut Jabatan Kesihatan New Mexico pada Jumaat, ketujuh-tujuh individu gelandangan itu dipercayai bertindak minum cecair pensanitasi tangan yang mengandungi metanol itu akibat ketagihan arak.
Pihak berkuasa berkata golongan gelandangan di kawasan itu sering menyalah guna cecair pembasmi kuman serta beberapa produk lain sebagai pengganti kepada minuman beralkohol.
Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan amaran bahawa penyalahgunaan cecair pensanitasi tangan yang mengandungi metanol boleh mengakibatkan keracunan serius yang mengancam nyawa.
Tambahnya, penyalahgunaan alkohol dan metanol boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, selain risiko buta serta kematian.
Topic Berkaitan
#cecair pembasmi kuman
#cecair pensanitasi tangan
#gelandangan
#Jabatan Kesihatan New Mexico
#keracunan
#kerosakan buah pinggang
#luar negara
#Methanol
#minuman keras
#New Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan