LONDON: Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan.
Gaun baldu hitam itu dilelong di Julien's Auctions dengan harga AS$1,148,080, lapor PA Media.
Sebelum ini pakar menganggarkan gaun terbabit bernilai AS$100,000.
Bagaimanapun, gaun yang lengkap dengan pelapik bahu, skirt organza biru, reben besar dan selempang - kini menjadi pakaian Puteri Diana yang termahal pernah dilelong.
Busana termahal milik Puteri Diana yang dijual sebelum ini ialah gaun baldu 1991 oleh Victor Edelstein yang memperoleh AS$604,800 pada lelongan pada Januari.
Ini bermakna gaun Jacques Azagury milik Puteri Diana merekodkan harga hampir dua kali ganda berbanding gaun sebelum ini.
Diana kali pertama mengenakan persalinan itu di Itali pada 1985 semasa dalam lawatan diraja bersama suaminya ketika itu Putera Charles dan sekali lagi semasa menghadiri Orkestra Simfoni Vancouver pada 1986.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan. - Foto Instagram/@juliens_auctions
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
Ibu mentua upah gengster simbah cat merah
Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah.
Gaun Puteri Diana dilelong pada harga AS$1,148,080
Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan.
Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe
Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.
Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan
Tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan sebelum ketika upacara perkahwinan berlangsung.
Gaun bunga berkolar Ivanka Trump dicemuh netizen
Gaun bunga berkolar yang dipakai Ivanka Trump dalam satu majlis bertemu keluarga diraja Britain tidak sesuai sehingga mendapat kecaman hebat netizen.
Pakai gaun seksi, aktres Mesir berdepan hukuman penjara lima tahun
Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan pemakaian Rania itu tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat.
Gaun mutiara Lupita Nyong'o bernilai lebih RM500,000 dicuri
Busana rekaan Calvin Klein itu dicuri dari Hotel London di West Hollywood sewaktu Nyong'o keluar dari bilik.
Lima gaun malam mendiang Puteri Diana dilelong
Tiga daripadanya direka oleh pereka British Catherine Walker, iaitu pereka fesyen kegemaran Diana yang juga teman rapatnya.