awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza bergelut dengan 'bencana' kebuluran, 40 peratus penduduk berisiko kebuluran

Bernama
Bernama
31/12/2023
06:24 MYT
Gaza bergelut dengan 'bencana' kebuluran, 40 peratus penduduk berisiko kebuluran
Orang ramai di Gaza sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan yang dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu hantaran di X, Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza Thomas White berkata orang ramai sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan.
Menurut beliau, sebanyak 40 peratus daripada populasi di Gaza juga berdepan berisiko kebuluran.
"Lebih banyak bekalan secara kerap diperlukan. Kami memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berkekalan di mana-mana, termasuk ke Utara Gaza," katanya.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan ramai lagi penduduk.
Serangan Israel menyebabkan Gaza 'hancur' dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Ketua UNRWA, Phillipe Lazzrini berkata bantuan kemanusiaan yang bermakna, tanpa halangan dan tanpa syarat serta aliran komersial, masih boleh mengubah keadaan dan mencegah kebuluran daripada berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#bencana kelaparan
#Gaza
#Thomas White
#bencana kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan