LONDON: Pemimpin Kesatuan Eropah Charles Michel dan Ursula von der Leyen pada Khamis mengeluarkan kenyataan tegas berhubung keperluan tindakan kemanusiaan segera di Gaza selain mengulangi sokongan Kesatuan Eropah (EU) untuk penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Dalam sidang media bersama selepas hari pertama sidang kemuncak Majlis Eropah di Brussels, Michel menekankan situasi yang sangat teruk dan memberi amaran supaya tiada sebarang serangan darat di bandar Rafah di selatan Gaza.
"Bayangkan apa akibatnya jika operasi sebegitu dilancarkan," katanya sambil menggariskan kemungkinan kesan kemanusiaan yang dahsyat daripada tindakan sedemikian.
Beliau mengulangi pendirian EU terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya mengutuk penempatan haram Israel dan menyokong proses politik disambung semula.
Menyuarakan sentimennya, von der Leyen menekankan keperluan mendesak untuk jeda kemanusiaan yang membawa kepada gencatan senjata yang berterusan di Gaza.
"Gaza berada di ambang kebuluran, situasi kemanusiaan yang dahsyat," katanya.
Beliau berkata Majlis Eropah sebulat suara menyokong langkah untuk akses kemanusiaan penuh, cepat, selamat dan tanpa halangan ke Gaza, dengan pengesahan khusus koridor maritim dari Cyprus untuk meningkatkan usaha penyampaian bantuan.
Pemimpin itu secara bersama menggesa penyediaan bantuan kemanusiaan penting untuk meringankan keadaan teruk yang dihadapi oleh warga Gaza.
Mereka menekankan keperluan 500 trak atau setara memasuki Gaza setiap hari melalui semua laluan yang ada, termasuk darat, udara dan laut.
Pemimpin itu juga mengulangi komitmen teguh EU untuk mencapai keamanan yang berkekalan dan mampan berdasarkan penyelesaian dua negara.
"Kami menggesa kerajaan Israel untuk tidak melakukan serangan darat di Rafah," kata von der Leyen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Pemimpin itu secara bersama menggesa penyediaan bantuan kemanusiaan penting untuk meringankan keadaan teruk yang dihadapi oleh warga Gaza. - Gambar Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Israel mulakan serangan darat bersasar di Lubnan
Rejim Zionis itu berkata, serangan dilakukan adalah terhad, setempat dan disasarkan terhadap kumpulan Hezbollah.
Gaza di ambang kebuluran, malapetaka kemanusiaan - Presiden Suruhanjaya Eropah
Pemimpin Kesatuan Eropah Charles Michel dan Ursula von der Leyen pada Khamis mengeluarkan kenyataan tegas berhubung keperluan tindakan kemanusiaan segera di Gaza.
Israel akan terus lancar serangan darat di Gaza selagi belum capai matlamat - Netanyahu
Antara matlamat Israel ialah membebaskan kesemua tebusan, membinasakan Hamas dan menghalang "sistem pemerintahan yang kejam" di Gaza.
Serangan darat di Gaza, UAE minta adakan mesyuarat tergempar UNSC
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu meminta satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membincangkan situasi di Semenanjung Gaza.
Israel bawa masuk kereta kebal ke Gaza menjelang perang 'peringkat seterusnya'
Ia adalah 'serbuan disasarkan' yang memusnahkan beberapa kawasan sebelum mereka berundur dari wilayah yang dikawal Hamas.
Israel tetap berdegil rancang lancar serangan darat
Netanyahu berkata pada sidang akhbar bahawa detik serangan akan ditentukan oleh Kabinet, tanpa memberikan butiran lanjut.
China jalankan latihan kententeraan di sekitar Taiwan
Taiwan mendakwa bahawa latihan ketenteraan China itu sama seperti serangan ke atas pulau itu.