awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: Maghribi bimbang tindakan ketenteraan, kutuk serangan ke atas orang awam

Bernama
Bernama
08/10/2023
14:35 MYT
Gaza: Maghribi bimbang tindakan ketenteraan, kutuk serangan ke atas orang awam
Maghribi telah berulang kali memberi amaran tentang kesan kebuntuan politik terhadap keamanan di rantau itu dan risiko ketegangan lebih buruk yang timbul daripadanya. - Gambar fail/AP/Tsafrir Abayov
RABAT: Maghribi melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi yang semakin meruncing dan serangan terhadap orang awam berikutan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga menggesa agar semua tindakan keganasan dihentikan serta-merta dan kembali kepada ketenangan, sambil mengelak segala bentuk peningkatan yang boleh menjejaskan peluang keamanan di rantau itu, lapor Agensi Berita Maghribi (MAP).
Kenyataan itu menambah kerajaan telah berulang kali memberi amaran tentang kesan kebuntuan politik terhadap keamanan di rantau itu dan risiko ketegangan lebih buruk yang timbul daripadanya.
Raja Mohammed VI dalam mempengerusikan Jawatankuasa Al Quds juga menekankan bahawa dialog dan rundingan kekal sebagai satu-satunya cara untuk mencapai penyelesaian komprehensif dan berkekalan terhadap isu Palestin, berdasarkan ketetapan kesahan antarabangsa dan prinsip dua negara, seperti yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 313 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 2,000 lagi cedera dalam serangan terbaru oleh tentera Israel sejak Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebuntuan politik
#rakyat Palestin
#penyelesaian komprehensif
#memberi amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan