awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sependapat - Tun M

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2023
10:33 MYT
Gaza: Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sependapat - Tun M
Dr Mahathir berkata, semua rakyat Malaysia perlu menolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat Malaysia tidak sependapat terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.
Menurutnya, ada antara mereka percaya apa yang berlaku kini berpunca daripada perbezaan rakyat Palestin dan Yahudi sehingga menyebabkan tercetusnya perang tersebut.
Sedangkan katanya, semua rakyat Malaysia perlu menolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
“Seperti manusia lain yang mempunyai hak, rakyat Gaza juga berhak menikmati hak kemanusiaan. Tetapi hak mereka dirampas orang Israel.
“Apa yang berlaku kini sama seperti kejadian Holokus pada 1930 apabila orang Yahudi di Jerman dirampas hak mereka dan mengakibatkan 6 juta orang Yahudi terbunuh. Dunia bersimpati terhadap Yahudi Jerman dengan sebahagian daripada penolakan Nazi,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Selasa.
PERANG DI GAZA (Diterjemah dari artikel asal The War on Gaza) 1. Rakyat Malaysia seolah tidak sependapat mengenai peperangan ini. Ramai percaya perang ini berpunca dari perbezaan antara rakyat Palestin dan orang Yahudi. Ia mungkin punca perang bermula. 2. Tetapi sekarang ia
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 7, 2023
Tambah beliau, sekarang dunia menyaksikan orang Yahudi Israel pula melakukan rampasan hak ke atas rakyat Palestin.
Ujarnya, itu adalah tragedi kemanusiaan dan tindakan rejim Zionis sama seperti yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi kerana ia jelas tidak adil serta tidak berperikemanusiaan.
“Adalah salah apabila hanya umat Islam sahaja yang menuntut pengakhiran pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Israel.
“Seluruh rakyat Malaysia perlu merasa terganggu dan mendesak serangan Israel ke atas rakyat Palestin dihentikan,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Tun Mahathir
#Gaza
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan