awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel

Bernama
Bernama
05/02/2026
05:15 MYT
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
54 jenazah rakyat Palestin serta 66 kotak mengandungi tinggalan jasad manusia telah dipindahkan ke Gaza selepas diserahkan oleh Israel. - Gambar fail/AP
GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu memaklumkan bahawa 54 jenazah rakyat Palestin serta 66 kotak mengandungi tinggalan jasad manusia telah dipindahkan ke Semenanjung Gaza selepas diserahkan oleh Israel, dengan proses penyerahan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jenazah dan tinggalan jasad berkenaan tiba di Kompleks Perubatan Al-Shifa menggunakan kenderaan Palang Merah, sebelum pasukan perubatan segera memulakan pengendalian forensik mengikut prosedur perubatan yang diluluskan.
Kementerian itu menyatakan bahawa usaha sedang dijalankan bagi melengkapkan proses pemeriksaan dan dokumentasi dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan serta jawatankuasa khusus, sebelum keluarga dibenarkan mengenal pasti mayat mengikut protokol yang ditetapkan.
Tentera Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata berfasa yang berkuat kuasa pada 10 Okt lepas, walaupun Amerika Syarikat mengumumkan pada Januari bahawa fasa kedua perjanjian itu telah bermula.
Fasa berkenaan merangkumi pengunduran tambahan tentera Israel dari Gaza serta pelancaran usaha pembinaan semula, yang dianggarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menelan kos sekitar AS$70 bilion.
Gencatan senjata itu menamatkan serangan Israel di Semenanjung Gaza yang bermula pada Oktober 2023 dan berlarutan selama dua tahun, mengorbankan hampir 72,000 rakyat Palestin serta mencederakan lebih 171,000 yang lain, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#jenazah rakyat Palestin
#Israel
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami