awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: Tunang George Clooney tolak tawaran PBB

AFP
AFP
13/08/2014
03:50 MYT
Gaza: Tunang George Clooney tolak tawaran PBB
Amal Alamuddin
Tunang bintang Hollywood George Clooney, Amal Alamuddin telah menolak pencalonannya untuk menyertai suruhanjaya siasatan serangan Israel ke atas Gaza, ketua Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa.
Baudelaire Ndong Ella, dalam satu kenyataan berkata, peguam British yang dilahirkan di Lubnan itu menyebut bahawa "komitmen profesional terdahulu dan kepakarannya dalam bidang itu tidak akan dapat membantu pihak suruhanjaya."
Alamuddin, 36, yang mahir dalam siasatan konflik antarabangsa, telah dicalonkan pada Isnin untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi suruhanjaya siasatan PBB.
Beliau pernah bertugas dengan tribunal antarabangsa menyiasat pembunuhan bekas perdana menteri Rafiq Hariri, dan membantu bekas ketua PBB Kofi Annan dalam usaha damai di Syria.
Antara anak guamnya ialah bekas perdana menteri Yulia Tymoshenko dan pengasas Wikileaks Julian Assange.
Alamuddin yang fasih bahasa Arab, Perancis dan Inggeris, dilapor bakal mengahwini Clooney, 53, di Itali September ini.
Topic Berkaitan
#Amal Alamuddin
#Baudelaire Ndong Ella
#george clooney
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan