awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GCC beri amaran tindakan Israel gugat kestabilan serantau, langgar resolusi PBB

Bernama
Bernama
24/07/2025
14:05 MYT
GCC beri amaran tindakan Israel gugat kestabilan serantau, langgar resolusi PBB
Jasem Albudaiwi menambah bahawa langkah tidak bertanggungjawab itu hanya akan memburukkan lagi ketegangan di rantau itu dan dunia, serta meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. - Bernama
RIYADH: Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Albudaiwi mengecam keras cadangan Knesset pasukan pendudukan Israel untuk mengenakan kedaulatan Israel secara paksa ke atas Tebing Barat dan Lembah Jordan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Albudaiwi berkata cadangan itu, yang bertujuan mengenakan kedaulatan melalui kekerasan, mengesahkan dasar pengilhakan berbahaya pasukan pendudukan Israel yang kini mengancam keselamatan rantau itu dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menambah bahawa langkah tidak bertanggungjawab itu hanya akan memburukkan lagi ketegangan di rantau itu dan dunia, serta meningkatkan penderitaan rakyat Palestin.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil pendirian yang jelas dan tegas untuk menghentikan sebarang tindakan unilateral yang boleh menjejaskan prospek keamanan menyeluruh dan adil.
Albudaiwi turut menegaskan pendirian tetap GCC dalam menyokong rakyat Palestin, perjuangan mereka yang adil, serta hak sah mereka untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, selaras dengan resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pendudukan Israel
#Tebing Barat
#Lembah Jordan
#GCC
#Knesset
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami