Ringkasan AI
- Ratusan mainan kanak-kanak dilempar ke padang sebagai solidariti kepada mangsa konflik Gaza semasa perlawanan persahabatan Konyaspor menentang Palestin.
- Perlawanan bertemakan 'Rumah Kami, Rumah Kamu' turut memperingati 1,014 atlet dan petugas sukan Palestin yang terkorban sejak Oktober 2023.
- Perlawanan dihentikan secara simbolik pada minit ke-89:59, dengan pengumuman ia hanya akan disambung apabila Palestin mencapai kemerdekaan sepenuhnya.
KONYA: Ratusan mainan kanak-kanak dilempar ke dalam padang sebagai simbolik solidariti dalam perlawanan persahabatan yang menemukan kelab Turkiye, Konyaspor, dengan skuad kebangsaan Palestin, lapor Al Jazeera.
Aksi di Stadium Perbandaran Metropolitan Konya itu menyaksikan penyokong melancarkan gimik berkenaan sebagai tanda empati terhadap kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa konflik berterusan di Gaza.
Perlawanan bertemakan Rumah Kami, Rumah Kamu (Our Home Is Your Home) itu turut memberi penghormatan kepada 1,014 atlet serta petugas sukan Palestin yang dilaporkan terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023.
Hundreds of toys were thrown onto the pitch during a solidarity match between Türkiye’s Konyaspor and Palestine’s national team. pic.twitter.com/3Bh1RLrEaU
— AJ+ (@ajplus) October 3, 2026
Perlawanan dihentikan seketika tepat pada minit ke-10 dan saat ke-14 bagi membolehkan pemain serta puluhan ribu penonton bertafakur bagi memperingati semua mangsa yang terbunuh.
Selain mainan kanak-kanak, penyokong tegar Konyaspor turut menaikkan kain rentang gergasi yang memaparkan mesej berbentuk kritikan berbunyi: "Kamu diam ketika kanak-kanak tidur, bukan apabila mereka mati."
Perlawanan persahabatan yang sarat dengan mesej kemanusiaan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Bagaimanapun, aksi berkenaan ditamatkan secara simbolik pada minit ke-89 dan saat ke-59, sebelum pengumuman dipaparkan di skrin stadium bahawa perlawanan itu hanya akan disambung apabila Palestin mencapai kemerdekaan sepenuhnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah simbolik yang dilakukan semasa perlawanan persahabatan antara Konyaspor dan skuad kebangsaan Palestin?
A: Ratusan mainan kanak-kanak dilempar ke dalam padang sebagai simbolik solidariti dan empati terhadap kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa konflik di Gaza. - Q: Apakah tema utama perlawanan persahabatan tersebut?
A: Tema utama perlawanan ialah "Rumah Kami, Rumah Kamu" (Our Home Is Your Home) yang memberi penghormatan kepada atlet dan petugas sukan Palestin yang terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023. - Q: Bilakah perlawanan dihentikan untuk memperingati mangsa konflik?
A: Perlawanan dihentikan seketika pada minit ke-10 dan saat ke-14 untuk bertafakur memperingati semua mangsa yang terbunuh. - Q: Apakah mesej yang dipaparkan oleh penyokong Konyaspor semasa perlawanan?
A: Penyokong Konyaspor menaikkan kain rentang gergasi dengan mesej: "Kamu diam ketika kanak-kanak tidur, bukan apabila mereka mati." - Q: Bagaimanakah perlawanan persahabatan ini ditamatkan secara simbolik?
A: Perlawanan ditamatkan secara simbolik pada minit ke-89 dan saat ke-59, dengan pengumuman bahawa ia hanya akan disambung apabila Palestin mencapai kemerdekaan sepenuhnya.