Skip to main content

Dunia

Pangkalan data jenayah FBI dipercayai digodam sekali lagi

Setakat ini pihak FBI belum mengeluarkan maklumat terperinci mengenai skala serangan, identiti pihak yang bertanggungjawab atau sama ada sebarang data sensitif telah diakses. - Foto fail/REUTERS
Setakat ini pihak FBI belum mengeluarkan maklumat terperinci mengenai skala serangan, identiti pihak yang bertanggungjawab atau sama ada sebarang data sensitif telah diakses. - Foto fail/REUTERS

Ringkasan AI

  • Pangkalan data jenayah FBI, National Crime Information Center (NCIC), dipercayai menjadi sasaran serangan siber buat kali kedua dalam beberapa bulan.
  • FBI belum mengeluarkan maklumat terperinci mengenai skala serangan, identiti pelaku atau sama ada data sensitif telah diakses.
  • Insiden ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan sistem maklumat agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat.
Advertisement

WASHINGTON: Pangkalan data maklumat jenayah milik Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dipercayai menjadi sasaran serangan siber buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, menurut laporan CNN.

Reuters melaporkan CNN memetik dua sumber yang mengetahui siasatan berhubung insiden itu sebagai berkata sistem National Crime Information Center (NCIC) mengalami apa yang dipercayai sebagai pencerobohan oleh penggodam.

Bagaimanapun, setakat ini pihak FBI belum mengeluarkan maklumat terperinci mengenai skala serangan, identiti pihak yang bertanggungjawab atau sama ada sebarang data sensitif telah diakses.

Advertisement

NCIC merupakan salah satu pangkalan data utama penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat yang mengandungi pelbagai rekod berkaitan jenayah, termasuk maklumat individu dikehendaki, rekod tangkapan dan kenderaan hilang.

Insiden terbaharu itu mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan sistem maklumat agensi penguatkuasaan undang-undang negara berkenaan, terutama selepas beberapa siri ancaman siber yang menyasarkan institusi kerajaan sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Reuters melaporkan siasatan berhubung dakwaan pencerobohan tersebut masih berjalan dan tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement