awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
Wartawan Don Lemon ditahan berhubung liputan protes ICE di Minnesota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelar Kim 'gila roket', serangan ke atas Amerika sudah tidak dapat dielakkan lagi

Reuters
Reuters
24/09/2017
01:43 MYT
Gelar Kim 'gila roket', serangan ke atas Amerika sudah tidak dapat dielakkan lagi
Korea Utara telah mengumumkan bahawa penyerangan terhadap Amerika Syarikat, pasti akan berlaku kerana Presiden Donald Trump telah melabelkan Kim Jong Un sebagai 'rocket man'.
Korea Utara mengeluarkan amara bahawa serangan roket ke atas bumi Amerika Syarikat, sudah ‘tidak dapat dielakkan’ lagi selepas Presiden Donald Trump melabelkan pemimpin negara itu Kim Jong Un sebagai 'orang gila roket' atau ‘rocket man’.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho, semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.
Ucapan itu dilakukan hanya beberapa jam selepas pesawat pengebom Lancer Amerika Syarikat, Air Force B-1B, terbang di ruang udara antarabangsa di timur perairan Korea Utara, untuk menunjukkan keupayaan ketenteraan Pentagon yang bersedia menerima arahan dari Trump.
BACA: Kim tekad Korea Utara akan buat 'si sewel' Trump menyesal
“Oleh kerana Trump tiada pengetahuan asas dan sentimen yang betul, beliau cuba menghina pemimpin negara saya dengan memangil beliau ‘gila roket’. Dengan membuat kenyataan itu, beliau telah melakukan satu kesilapan yang tidak boleh ditarik balik dan kehadiran ‘roket-roket’ kami ke Amerika Syarikat pasti akan berlaku.
“Trump sendiri berada dalam ‘misi bunuh diri’. Sekiranya ada orang awam di Amerika Syarikat terkorban dalam serangan ini, Trump perlu bertanggungjawab,” katanya.
Sebelum ini, Trump mengumumkan sekatan baru negara itu dengan membenarkan penyasaran syarikat dan institusi yang membiayai dan memudahkan perdagangan dengan Korea Utara.
Awal bulan ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah sebulat suara mengenakan sekatan kesembilan ke atas Pyongyang untuk membendung program-program peluru berpandu nuklear dan balistik.
Ri juga memberi amaran bahawa Pyongyang bersedia mempertahankan dirinya jika Amerika Syarikat menunjukkan sebarang tanda dengan sengaja menjalankan "operasi pemusnahan di ibu pejabat atau serangan ketenteraan terhadap Korea Utara".
Korea Utara telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu tahun ini, di mana beberapa daripadanya terbang melintasi ruang udara Jepun.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#Ri Yong Ho
#roket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan