awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang baharu protes terhadap pentadbiran Trump di seluruh AS

Bernama
Bernama
20/04/2025
04:00 MYT
Gelombang baharu protes terhadap pentadbiran Trump di seluruh AS
Penunjuk perasaan menuduh Trump memerintah secara autokratik dan mengusir warga asing tanpa melalui proses undang-undang yang sewajarnya. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Ribuan rakyat Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam protes besar-besaran terhadap dasar Presiden Donald Trump pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Rumah Putih di Washington.
Mereka menuduh Trump memerintah secara autokratik dan mengusir warga asing tanpa melalui proses undang-undang yang sewajarnya.
Beberapa sepanduk kelihatan membawa tulisan seperti "No King".
Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan "Bring them home" secara berulang-ulang, merujuk kepada migran yang menurut mereka telah dihantar pulang secara tidak sah.
Seorang wanita dari Washington berkata dia menyertai perhimpunan itu kerana merasakan bahawa gerakan menentang Trump semakin berkembang dan dia mahu menjadi sebahagian daripadanya.
Seorang lelaki pula menyatakan bahawa sekiranya seorang individu seperti Kilmar Abrego Garcia -- yang telah dihantar pulang ke El Salvador -- boleh dinafikan haknya, maka rakyat lain juga tidak terkecuali daripada menghadapi nasib yang sama.
Abrego dilaporkan dihantar pulang oleh kerajaan tanpa sebarang perbicaraan, meskipun dia memiliki perlindungan sah.
Di New York, ratusan lagi berhimpun di hadapan Perpustakaan Awam New York.
Menurut 'Washington Post', demonstrasi turut berlangsung di banyak bandar-bandar lain.
Protes kali ini dianjurkan oleh sebuah kumpulan bernama 50501.
"Kami berusaha melindungi demokrasi daripada cengkaman autokrasi yang sedang berkembang di bawah pentadbiran Trump," kata seorang daripada penganjur.
Protes besar-besaran pertama berlangsung dua minggu lalu, disertai puluhan ribu orang di pelbagai lokasi di seluruh AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#protes
#tunjuk perasaan
#rakyat Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan