awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang radio mungkin terputus akibat aktiviti matahari

Sinar Harian
Sinar Harian
18/08/2022
03:30 MYT
Gelombang radio mungkin terputus akibat aktiviti matahari
Dua letusan kuat matahari (dalam bulatan) mungkim menjejaskan kedudukan GPS dan gelombang radio di Timur Tengah dan Afrika pada Khamis. - Foto www.spaceweather.com
WASHINGTON DC: Lemparan gas panas lampau yang bertenaga dan bermagnet tinggi dari matahari akan melanda bumi dan mempunyai peluang 10 peratus untuk menghasilkan suar kelas X yang boleh mencetuskan radio komunikasi terputus dan mengganggu sistem kedudukan sejagat (GPS) pada Khamis.
Pakar-pakar Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) menjangkakan ribut geomagnet kelas G1 berskala kecil hingga kelas G2 yang berada dalam kategori sederhana berkemungkinan akan menghasilkan cahaya aurora di Amerika Syarikat (AS).
Aurora ialah cahaya terang yang kelihatan pada malam hari yang berbentu jalur dalan kebiasaanya berwarna merah, hijau atau ungu.
Sebagai tambahan, peramal cuaca angkasa lepas mengatakan terdapat 30 peratus kemungkinan gelombang kejutan yang boleh menyebabkan pemadaman radio seketika di bahagian Timur Tengah dan Afrika.
Menurut pakar cuaca angkasa lepas yang berpangkalan di Los Angeles, Dr Tamitha Skov, aktiviti solar dalam minggu ini mungkin boleh menjejaskan penerimaan radio amatur dan GPS.
Keadaan itu berlaku adalah hasil lentingan jisim koronal yang meletus dari matahari bermula pada hari Ahad dan Isnin. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#gelombang radio
#aktiviti solar
#lemparan gas panas
#suar kelas X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan