GANSU: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah autonomi Linxia Hui di barat laut wilayah Gansu, China.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah Gansu berkata laporan awal mendapati 86 penduduk di daerah itu disahkan maut.

Tiga penduduk yang terperangkap di Kampung Diaoji berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa bumi berpusat pada kedalaman 10km dan beberapa daerah kini sedang dipantau.

Antaranya daerah yang terletak di persimpangan wilayah Gansu dan Qinghai, kira-kira 200km dari ibu kota wilayah Lanzhou.

Beberapa kawasan lain di sekitar Gansu dan Qinghai turut mengalami gegaran kuat.

Di wilayah jiran Qinghai, pihak berkuasa berkata dua orang maut manakala 39 yang lain cedera di daerah Minhe dan daerah autonomi Xunhua Salar setakat 2 pagi Selasa.