Skip to main content

Dunia

Gempa barat Sumatera Utara ragut 1 nyawa, 9 lagi cedera - BMKG

61664599904_Tarutung.jpg
Advertisement
JAKARTA: Seorang maut, sembilan yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi 6.0 magnitud di barat Sumatera Utara, Indonesia awal pagi tadi, lapor Reuters.

Menurut Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati, 53 gempa susulan direkodkan dengan gegaran turut dirasai di beberapa bandar susulan gempa awal pada jam 2.28 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, lima buah rumah dilaporkan rosak dengan kemungkinan berlakunya tanah runtuh di kawasan berbukit.

Namun, kata Karnawati, tiada risiko tsunami dilapor setakat ini.




Must Watch Video

Advertisement