MOSCOW: Satu gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda perairan utara Algeria sebentar tadi.

Pusat Seismological Eropah-Mediterranean dalam satu kenyataan berkata gegaran dikesan pada 00:04 GMT 24 kilometer di timur laut bandar Bejaia.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.




Tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa dikeluarkan setakat ini, juga tiada amaran tsunami dikeluarkan.