Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.6 melanda bahagian tengah Itali awal Ahad, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada laporan awal mengenai sebarang kemalangan jiwa.

Gempa bumi itu - yang dirasai dari Rom ke Venice - melanda pada 6:40 waktu GMT di utara bandar kecil Norcia, empat hari selepas gempa bumi berukuran 5.5 dan 6.1 magnitud melanda tengah Itali.

Pada 24 Ogos, hampir 300 orang maut dalam satu gempa bumi kuat di rantau itu yang terkenal sering berlaku gegaran.