Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 skala Richter berlaku di Myanmar pada 9.55 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 115 kilometer ke barat laut Monywa, Myanmar dan 1916 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis.

MetMalaysia turut memaklumkan pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 119 kilometer di bawah permukaan laut.


Setakat ini tiada ancaman tsunami direkodkan.