Bencana gempa bumi berukuran 7.1 skala richter melanda Papua Indonesia pada hari Sabtu di mana tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan hasil kajian dilakukan Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut laporan USGS, gempa tersebut berlaku di atas tanah jam 1.42 petang pada kedalaman 75 kilometer (46 batu), 237 kilometer ke timur Enarotali.

Para Seismologi Indonesia telah mengukur gempa bumi pada kadar 7.2 magnitud.