GEMPA bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Laut Caribbean antara Jamaica dan Timur Cuba.

Kesan gempa turut menggegarkan Mexico sehingga ke Florida.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu berpusat di 139 kilometer dari Montego Bay, Jamaica dan 140 kilometer dari Niquero, Cuba.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 petang waktu tempatan dan melibatkan 10 kilometer di bawah permukaan bumi.

BACA: Gempa bumi kuat gegar Cuba

Gegaran kuat yang dirasai penduduk di Cuba dan Mexico, menyebabkan kebanyakan mereka yang berada dalam bangunan keluar menyelamatkan diri.