Siren kecemasan mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar Banda Aceh, Aceh, Indonesia yang sedang tidur sewaktu gegaran berukuran 6.4 skala Richter berlaku pagi tadi.
Seorang pelancong Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Azreen, berkata dia dan suami yang menginap di sebuah hotel di sana, dikejutkan dengan gegaran dan siren kecemasan tanda evakuasi segera kira-kira pukul 5 pagi tadi (waktu Malaysia 6 pagi).
"Terasa goyang yang sangat kuat kira-kira 10 saat. Saya terus buka tingkap dan melihat ramai orang bertempiaran keluar dalam ketakutan. Kami bergegas mengambil pasport dan berkumpul di lobi hotel bersama-sama pelancong lain," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Beliau yang baru tiba semalam untuk bercuti di Aceh berkata turut kedengaran laungan azan dan bacaan Al-Quran di kawasan masjid berdekatan hotel selain orang ramai mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti sewaktu kejadian tersebut.
LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat, gempa bumi kuat melanda Aceh
Sejurus gempa bumi terhenti, Azreen dan suami kemudian bergegas mengambil beg pakaian dan meninggalkan kawasan tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja agensi pelancongan di Banda Aceh, Bahrul Ilmi ketika menceritakan kejadian itu berkata beliau dan keluarganya sedang menunggu azan Subuh sebelum gegaran kuat dirasai.
"Gegaran cukup kuat dan kami sempat lari ke depan rumah untuk evakuasi. Alhamdulillah tidak ada rumah rosak atau penduduk cedera parah di Banda Aceh ini," katanya ketika ditemuramah melalui WhatsApp.
Seorang lagi pekerja agensi pelancongan di Banda Aceh yang hanya mahu dikenali sebagai Andy berkata ada jalan raya yang rosak hingga terbelah dan kawasan perniagaan yang musnah di kawasan Pidie Jaya akibat gegaran gempa itu.
Media Indonesia melaporkan lebih 20 dilaporkan maut dalam gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter di Pidie Jaya, Aceh pagi ini selain kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan perniagaan dalam tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2016

Pasukan SAR giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa di Aceh. - Foto AFP

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.

Beberapa siri gempa bumi gegarkan Banda Aceh dan Bali
Menurut BMKG, gempa terkuat dengan magnitud 4.8 itu berlaku pada jam 10.30 malam (waktu tempatan) pada Rabu yang sebelum itu turut berlaku beberapa siri gempa dengan magnitud 4.0 dan 4.2 skala Richter

Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam
Dua remaja di Banda Aceh dihukum sebat pada Khamis setelah ditangkap kerana berpelukan semasa berada di tempat awam.

Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.

Aceh bakar timbunan ganja 800kg, usaha banteras bahan terlarang dipergiat
Pada Khamis, ganja yang jumlahnya seberat 800 kilogram (kg) ditimbun seperti bukit, dibakar oleh pihak polis Indonesia.

Gempa Aceh: Malaysia kongsi perasaan sedih Indonesia - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.

Angka korban gempa bumi Aceh meningkat kepada 97 mangsa
Angka korban dijangka terus meningkat dengan anggota pencari meneruskan usaha menyelamat di kawasan kediaman, masjid dan deretan kedai yang musnah akibat gempa 6.5 magnitud itu.

Gempa bumi Aceh: Warga Malaysia selamat - Wisma Putra
Wisma Putra turut memaklumkan warga Malaysia memerlukan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Gempa bumi Aceh: Penduduk, pelancong bertempiaran lari selamatkan diri
Siren kecemasan mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar Banda Aceh, Aceh, Indonesia yang sedang tidur sewaktu gegaran berukuran 6.4 skala Richter berlaku pagi tadi.

15 pelajar UiTM Shah Alam dalam program akademik di Banda Aceh selamat
Pihak perhubungan awam UiTM Shah Alam memberitahu, mereka berada di lokasi yang sejauh 65 kilometer dari kawasan yang dilanda gegaran.