ANKARA: Gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu ini adalah tiga kali lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara di barat laut negara itu yang berlaku pada 1999, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu.
"Gempa bumi di selatan Turkiye adalah tiga kali lebih kuat dengan kerosakan lebih besar berbanding gempa bumi 1999 yang direkodkan sebagai bencana terbesar dalam sejarah negara," kata Erdogan yang melihat sendiri misi mencari dan menyelamat di wilayah tenggara Diyarbakir.
Erdogan berkata sekurang-kurangnya 21,043 orang terbunuh dan 80,097 lagi cedera sejak dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye melanda pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Kini 160,000 anggota mencari dan penyelamat termasuk pasukan dari luar negara berada di 10 wilayah," kata Erdogan yang turut bertemu mangsa gempa bumi di wilayah itu.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Pemimpin Turkiye itu merakamkan penghargaan kepada semua negara yang menunjukkan solidariti dengan menghantar pasukan SAR.
Erdogan sebelum ini berikrar untuk membangunkan semula wilayah yang dilanda gempa bumi dalam rancangan setahunnya.
"Kami merancang untuk membina semula ratusan ribu rumah termasuk infrastruktur dan memulihkan bandar yang rosak akibat gempa bumi.
"Kerajaan telah menggerakkan segala-galanya dan menggesa semua untuk yakin dan percaya bahawa kerajaan tidak akan meninggalkan rakyat hidup di jalanan dalam kesengsaraan atau kemiskinan," katanya.
Erdogan kemudian melawat Sanliurfa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu ini adalah tiga kali lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara di barat laut negara itu yang berlaku pada 1999, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu. - Gambar fail/AP
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.