awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100 manakala 211 masih hilang

Bernama
Bernama
06/01/2024
07:31 MYT
Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100 manakala 211 masih hilang
Bandar Wajima yang paling terjejas merekodkan 59 kematian manakala kira-kira 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan. - Foto Reuters
TOKYO: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.
Seramai 211 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan sehingga Sabtu, menurut media tempatan memetik pihak berkuasa tempatan.
Bandar Wajima yang paling terjejas merekodkan 59 kematian manakala kira-kira 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Gegaran susulan dilaporkan masih melanda wilayah terbabit.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mendedahkan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter melanda wilayah Noto pada 5.25 pagi waktu tempatan Sabtu pada kedalaman 10 kilometer.
JMA mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya berwaspada terhadap kemungkinan banjir lumpur susulan hujan dijangka melanda wilayah itu pada Sabtu.
Kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan teruk dengan kira-kira 24,000 isi rumah menghadapi gangguan bekalan elektrik dan 66,000 isi rumah terputus bekalan air di 14 bandar dan pekan setakat 8 pagi waktu tempatan Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Jepun
#angka kematian
#wilayah Ishikawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan